Tuesday, November 11, 2014

Fantastic Stories For Children: 1 Year Olds



Harga Kami: RM 13 (Harga Pasaran USD 14.95) 
Bahasa: Inggeris
Bilangan Mukasurat: 48
Format Buku: Berkulit keras & berwarna sepenuhnya.

Kategori: Kanak-Kanak 
Penerbit: Igloo Books Ltd

Sipnosis
Apabila tiba masa untuk bercerita kepada anak-anak anda, buku ini amat sesuai yang ditulis khas untuk kanak-kanak berusia 1 tahun. Kisah ini diilustrasikan dengan cantik, berwarna-warni dan penuh dengan watak-watak comel yang akan menarik perhatian kanak-kanak. Terdapat 6 buah cerita menarik, seperti rakan-rakan haiwan comel yang menaiki bus, anak beruang yang seronok bermain, Keretapi biru si kecil & banyak lagi cerita-cerita yang menarik yang akan menceriakan anak kecil anda.

Thursday, October 30, 2014

Kitty Kises



Harga Kami: RM 6 (Harga Pasaran USD 3.99) 
Bahasa: Inggeris
Kategori: Kanak-Kanak
Format Buku: Board books
Penerbit: Make Believe Ideas


Sipnosis
Buku kecil berbentuk hati yang menawan. Dipenuhi dengan gambar anak-anak kucing yang comel.

Thursday, July 10, 2014

Caterpillar, Caterpillar.


Harga Kami: RM 11 (Harga Pasaran USD 6.99) 
Bahasa: Inggeris
Bilangan Mukasurat: 32

Kategori: Kanak-Kanak
Format Buku: Paperback & berwarna sepenuhnya.
Penerbit: Candlewick Press.



Sipnosis
Buku cerita yang berwarna-warni dan sungguh menarik ini memaparkan sebuah kisah berkenaan dengan seorang kanak-kanak perempuan dengan datuknya yang seronok meneroka perkembangan metamorfosis ulat-ulat belucas, bermula dari peringkat telur, penetasan, kepompong sehinggalah menjadi rama-rama yang cantik. Ilustrasi yang sangat cantik dan menarik ini amat sesuai untuk kanak-kanak belajar dan meneroka fasa kehidupan rama-rama yang sungguh menakjubkan ini.  .

Sunday, July 6, 2014

A Yummy Scented Storybook!




Harga Kami: RM 11 setiap satu (Harga Pasaran USD 6.30) 
Bahasa: Inggeris
Bilangan Mukasurat: 12

Kategori: Kanak-Kanak
Format Buku: Boardbook.
Penerbit: Autumn Publishing Ltd



Sipnosis
Buku cerita yang berwarna-warni dan memiliki bentuk seperti cupcake yang sangat menarik, setiap satu menceritakan kisah dongeng pari-pari cupcake. Menampilkan 3 buah siri iaitu  Bella Blueberry, Sally Strawberry & Penny Pinapple si Pari-pari.

Saturday, June 21, 2014

Bach Flowers for Crisis Care


Harga Kami: RM 15 (Harga Pasaran USD 18.95) 
Bahasa: Inggeris
Bilangan Mukasurat: 256

Kategori: Hobi/Perubatan
Format Buku: Paperback berwarna.
Penerbit: Healing Arts Press



Sipnosis
Bach Flowers for Crisis Care menyediakan penawar alternatif untuk membantu menangani masalah emosi & psikologi berasaskan bunga dan tumbuhan sebagai medium penyembuhan secara semulajadi. Berdasarkan 50 krisis kehidupan yang biasa dialami, 38 Bach Flowers boleh digunakan sebagai rawatan penyembuhan. Setiap bunga menawarkan orientasi yang berbeza secara therupatik. Dalam lampiran terperinci disenaraikan kekuatan dan faedah setiap bunga. Pengarang juga menunjukkan anda bagaimana untuk membuat ubat-ubatan bagi menangani keadaan semasa anda  dan mengubah krisis menjadi peluang yang berguna.


Tuesday, June 17, 2014

Buat Duit dengan Cendawan.(SOLD OUT)


Harga Kami: RM 8 (Harga Pasaran RM 13.50/Sabah & Sarawak RM 15.50) 
Bahasa: Melayu
Bilangan Mukasurat: 120

Kategori: Perniagaan
Format Buku: Paperback 
Penerbit:
PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Sipnosis
Buku ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin mencari cara untuk menambah pendapatan tambahan dengan melakukan aktiviti bisnes yang mudah, murah dan cepat. Sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mencari kerja sampingan bagi menambah pendapatan.

Mengandungi panduan yang lengkap sebelum dan selepas memulakan bisnes. Diterangkan dengan format yang mudah difahami, pembaca boleh terus membuka bisnes selepas tamat membaca.

Sektor pengusahaan cendawan semakin mendapat permintaan. Ramai yang masih menganggap proses menanam cendawan rumit. Sebenarnya ia mudah serta senang dijaga. Anda boleh mulakan projek di kawasan rumah dengan permulaan modal kurang daripada RM1,500 dan dalam masa tiga bulan hasilnya sudah boleh dikutip.

Turut dimuatkan langkah-langkah membiakkan cendawan yang mudah, lengkap dengan panduan pelan projek dan susunan rak memudahkan lagi anda untuk memulakan bisnes ini.

Men are from Mars, Women are from Venus: The Definitive Guide To Relationship.( SOLD OUT)


Harga Kami: RM 13 (Harga Pasaran USD 15.27) 
Bahasa: Inggeris
Bilangan Mukasurat: 307

Kategori: Motivasi
Format Buku: Paperback 
Penerbit:
HarperCollins Publishers.

Sipnosis
Man Are From Mars, Woman are From Venus berjaya membantu berjuta-juta orang lelaki dan perempuan dalam memahami pasangan mereka dengan lebih baik, ia adalah alat bantu yang penting dalam membentuk hubungan suami isteri yang lebih mendalam dan memuaskan.

Monday, June 16, 2014

Buat Duit dengan Lembu.

Harga Kami: RM 8 (Harga Pasaran RM14/Sabah & Sarawak RM 16) 
Bahasa: Melayu
Bilangan Mukasurat: 144

Kategori: Perniagaan
Format Buku: Paperback 
Penerbit:
PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Sipnosis
Buku ini sangat sesuai bagi mereka yang bercita-cita untuk menjadi penternak lembu yang berjaya kerana buku ini memberi gambaran jelas cara membuka bisnes lembu termasuk penternakan, penjualan dan juga menjual daging lembu. Kita boleh memilih sama ada ingin menternak, menjual atau kedua-duanya. Semua jenis in diceritakan secara terperinci daripada segi modal, keperluan, keuntungan, cara memulakan bisnes dan berbagai-bagai perkara penting yang perlu kita tahu. Mulakan dengan kecil-kecilan dan jika ingin mengembangkan bisnes, rujuk semula buku ini bagi mengetahui cara mendapatkan pembiyaan

Saturday, June 14, 2014

The Complete Guide to Painting Picture From Photos.




Harga Kami: RM 20 (Harga Pasaran USD 21.99) 
Bahasa: Inggeris
Bilangan Mukasurat: 128

Kategori: Hobi
Format Buku: Spiral Bound, Hard Cover, dan berwarna 
Penerbit: David & Charles Book


Sipnosis
Panduan komprehensif untuk semua artis yang mahu menggunakan fotografi sebagai inspirasi dan menggunakan kamera sebagai buku lakaran untuk mengumpul maklumat. Buku ini membawa pembaca melalui proses bekerja melalui gambar untuk mewujudkan komposisi berkesan dan melengkapkan lukisan dengan enam langkah demi langkah serta memberikan demonstrasi lukisan daripada gambar sehingga selesai karya seni.


Friday, June 13, 2014

Animals Under the Sea (50 Lift-the-flap Surprises)

 


Harga Kami: RM 15 (Harga Pasaran USD 12.99) 
Bahasa: Inggeris
Bilangan Mukasurat:16

Kategori: Kanak-Kanak
Format Buku: Hardcover Board Book dan berwarna sepenuhnya. 
Penerbit: Kingfisher. 


Sipnosis
Animals Under the Sea hasil karya seni dari artis yang memenangi anugerah Anthony Lewis, mengandungi 50 tetingkap menarik dan mengejutkan untuk dibuka. Ia adalah pengenalan interaktif yang menarik untuk kanak-kanak mengenali lebih dekat  haiwan laut dan habitatnya. Kanak-kanak pasti akan teruja untuk melihat apa yang ada di sebalik tetingkap itu! Mari selami dunia lautan bersama si manja!


Baby Signs (A pop-Up Book)





Harga Kami: RM 17 (Harga Pasaran USD 19.99 ) 
Bahasa: Inggeris
Bilangan Mukasurat: 10

Kategori: Bayi 
Format Buku: Kulit keras dan kertas tebal 'pop up'
Penerbit:
Scholastic Inc.; Pop edition.

Sinopsis
Buku kecil "Pop-Up's'  yang amat menarik hasil rekaan Sabuda & Reinhart ini mengandungi isyarat asas bahasa yang boleh dipelajari untuk membantu bayi atau anak kecil berkomunikasi dengan anda, dari seawal pagi hingga ke waktu makanbermain dan tidur, Buku ini dapat memberikan informasi bagaimana untuk mengajar bayi dan ibu bapa lima belas isyarat asas untuk memudahkan perkembangan bahasa untuk bayi anda. Isyarat yang terkandung di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada bahasa isyarat Amerika. Buku ini memaparkan ciri-ciri pop-up, tab yang boleh ditarik serta disertakan juga poster mini sebagai rujukan.